Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertindak aneh apabila mahu membatalkan pendaftaran parti itu dengan merujuk kepada fasal yang tidak wujud dalam perlembagaan parti.
PUNCA -:
Melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR apabila memecat keahlian Rajagopal Andaikkalam pada 1 dan 27 April 2009 tanpa terlebih dahulu disoal siasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin
FAKTA ATAU AUTA -:
-
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ROS berniat jahat apabila turut merujuk kes dan tarikh yang tidak wujud seperti yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab bertarikh 9 Mei lalu yangditandatangani Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman Othman.
-
Penasihat undang2 PKR kata yang Fasa 32.2.1 yang dinyatakan ROS tidak wujud dalamPerlembagaan PKR yang duluskan sendiri oleh ROS
-
Nama sebenar mengikut rekod PKR adalah Jayagopal Andaikkalam dan bukannya Rajagopal dan tarikh keputusan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk memecat Jayagopal adalah pada 24 April 2009 dan bukannya 1 atau 27 April 2009.
-
Persoalan besar bagi PKR adalah bagaimana pihak ROS telah membuat kesimpulan dan berpuashati bahawa PKR telah sengaja telah melanggar satu undang-undang yang tidak wujud dengan fakta yang tidak betul
-
Jayagopal dipecat kerana beliau melanggar undang-undang parti apabila bertanding dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau tanpa watikah dengan tujuan menentang calon parti sendiri.
-
Pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Setiausaha Agung, Datuk Salahuddin Hashim bertarikh 11 Mac 2009 jelas menyebut bahawa seseorang ahli parti yang mendaftarkan diri sebagai calon atau bertanding dalam mana-mana pilihanraya tanpa watikah daripada parti, akan dipecat dengan serta-merta tanpa merujuk kepada beliau.
tidak paham dengan ROS yang cuba campur tangan dengan hal dalaman dan lebih2 lagi amalan disiplin yang digunakan dan telah ditetapkan sendiri oleh majlis tertinggi PKR secara muktamad yang sama sekali tidak melibatkan ROS.semua parti di malaysia ada hak masing2,ada undang2 masing dan cara kerja tersendiri.ROS sepatutnya tempat rujukan untuk membentuk satu pertubuhan di malaysia bukannya cuba untuk mengugut untuk membatalkan keahlian sesebuah pertubuhan tanpa usul periksa dan fakta yang benar dan sahih,jikalau benar sekalipun perlu memandang dengan lebih dalam undang2 sesebuah parti tersebut……jangan semudah-mudahnya menjatuh hukum…..