MEronG FareLL

ce ciTE…….. deBat IpT kiNi

In Uncategorized on 19 Mei 2011 at 9:23 PM

2.20 am/20.5.2011

mood-tidak dapat tidur walaupun esok astro tetap menunggu…

disebabkan kekangan waktu dan kerjaya(kerana sudah bergelar perkerja)…niat dan minat yang selama ini telah terlaksana sepanjang alam menuntut, DEBAT dan PENGUCAPAN AWAM..terpaksa terhenti dan disekat sementara….kerja yang tidak mengira waktu dan masa,acapkali membataskan dan membatalkan niat untuk bersama dalam arena ini sebagai pemerhati dan sebagai mereka yang pernah terlibat secara langsung dalam bidang ini…

.masih lagi mengingati dan mengerti segala selok belok dalam perdebatan walaupun hanya dapat menonton melalui laman youtube…..sesekali terlepas juga berbicara seperti berdebat kerana masih juga berkerja dalam bidang pengucapan awam ini…tetapi mereka di sekeliling tidak mengerti apa itu DEBAT…

detik ini baru sahaja usai menonton video peringkat akhir debat perdana intergriti 2010 di uum sintok (sudah lama berlalu tetapi baru berkesempatan menonton….di antara USIM dan MMU , dua pasukan yang sama hebat dan boleh dikatakan seperti buku bertemu ruas…kedua dua pasukan meletakkan pendebat2 senior yang sememangnya mempunyai nama dalam arena debat ini…umul,ikhwan dan lah dari USIM dan myer,rafiq dan nazwan dari MMU.usul- intergriti politik menjadi penentu undi PRU 13.

kerana lama sudah tidak berdebat….analisa kes sudah tidak berapa lekat dalam kepala…tidak perlu la kiranya disentuh kerana mereka yang lebih arif telahpun menjurikan dan memilih pemenang…cuma ade beberapa perkara yang agak dikagumi dalama perdebatan kali ini……..kiranya penentu debat ini ada seperti ditentukan ikut cara “man 2man”

kiranya,perdana menteri wanita itu telahpun menjalankan tugas dengan cemerlang..agak sukar untuk melihat saudari itu berdebat sebelum ini dan diri sendiri juga tidak pernah berdebat bersama saudari ini..saya kira pendebat wanita kini masih menjunjung sifat asli wanita iaitu lemah lembut tetapi ada kalanya akan menjadi tegas..seteru pertama di meja pembangkang seperti lazimnya juga berjaya berkerja…beberapa perkara yang dikagumi dari dulu lagi melalui celahan yang diberi,nilai bahasa yang digunakan,serta kelancaran berkata.dilihat juga telah banyak bezanya dari awal jumpa ketika berlawan di arau open 2008.

yang kedua di kerajaan juga sama perihalnya…..lancar,sarkastik yang mengena dah pilihan hujah yang tepat membuatnya diangkat di tempat yang benar..kedua di seberang juga harus untuk dikagumi kerana sepertinya yang agak muda di kalangan semua dan tenang untuk sama berjuang..seringkali dilihat pihak haluan kiri ini kiranya sentiasa mengeluarkan produk baru yang berjaya dan sentiasa mencuba untuk diletakkan bersama dalam pasukan utama untuk merasa merjuang dengan abang yang berjaya.yang ketiga di kedua pihak kiranya kelihatan sama kuat untuk ditemukan..sukar untuk dinilai juga sebenarnya…….tetapi kedua suku telah meletakkan pilihan yang tepat untuk menggulung….sebelah pihak kelihatan dominan dengan gaya dan sebelah pihak lagi dominan dengan isi…tapi keduanya agak sengit… kesimpulanya sengit dan hebat…..

terima kasih kepada pemilik video di youtube kerana titipan video itu…(norainimunawar)

akan cuba untuk melihat dan mendapatkan isi di royal2010 dan debat presiden

mood-mahu tidur kerana baru teringat esok perlu berkerja seperti biasa….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: